Wednesday 23 October 2013

~ HiduP MatlamaT MATI~

MATI PADA HIDUP YANG TAK MATI

                 "LAILA HAILLALLAH"

Bercerita tentang mati,mati adalah perpindahan

Apa yang dipandang adalah bayangan

bayangan pada mata hari kepada mata hati.

hidup belajar kepada mati pada diri

kepada mati yang pasti.

MATI pada diri membuka  hijab di dalam diri,

Mata hati terpandang MAHASUCI

menjadi BAYANG ILAHI.

Apakah dilupakan atau terlupa tentang mati,

Sesungguhnya adalah rugi tiada diketahui akan mati,

Sesungguhnya mati itu NIKMAT.....MAFHUM LA ZAT.

~DaLAM TeRANG Ia SembunYI~~

Bayang MUHAMMAD WUJUD kerana ada MUHAMMAD,
Pada hakikatnya bayang adalah bukan muhammad
Dan sebenarnya tidak WUJUD.
KEWUJUDAN  bayang MUHAMMAD bergantung kepada
MUHAMMAD.

Tanpa MUHAMMAD bayang MUHAMMAD tidak akan wujud
pada muhammad.Bayang MUHAMMAD itu bukannya hakikat kewujudan
muhammad.Ia diqiaskan iaitu muhammad sebagai bayang tuhan
oleh itu sebenarnya muhammad tidak wujud, sebenar-benar wujud,
WUJUD ALLAH TAALA SEMATA-MATA

MUHAMMAD adalah bayang tuhan,pergerakan muhammad
adalah  digerakkan oleh tuhan,dan dirancang oleh tuhan,
Muhammad tidak bertindak diluar kehendak tuhan
berdasar dalilnye

maksudnya=

"BUKAN ENGKAU MELONTAR WAHAI MUHAMMAD KETIKA ENGKAU MELONTAR
BAHKAN AKU YANG MELONTAR" 

DIkatakan bayang Muhammad maknanya pergerakan bayang Muhammad
mengikut pergerakan Muhammad.
Oleh yang demikian bayang muhammad tidak akan boleh bertindak 
diluar atau melebihi pergerakan Muhammad

Sunday 20 October 2013

DALAM BAYANGAN AL KHALIQ 2

"TELAH DICIPTAKAN MAKNUSIA DARI BAYANGAN TUHAN YANG MAHA PENYAYANG"



Seru sekelian alam juga adalah bayang ALLAH
Tuhan boleh wujud tanpa makhluk
dan kita tidak boleh wujud tanpa tuhan
Di jadikan penzahiran keatas kita
adalah untuk memanggilnya TUHAN

Wujudnye dicari oleh makhluk
Zahir tuhan apabila dikenal oleh makhluk
Wujud disini bukanlah ALLAH bergantung
kepada makhluk,tetapi wujud DIA
adalah kerana makhluk untuk mencari ALLAH
sebagai tuhan.

Jika kita tidak mengenal tuhan
ia ibarat tersembunyi,ia menjadi rahsia
Maksud tersembunyi  bukanlah ia bersembunyi
tetapi tersembunyi pada diri yang belum mengenalnya.
dan tuhan menjdi tersembunyi kepada dirinya sendiri.

Nyatalah ALLAH semata-mata ADAnya
dijadikan kita adalah untuk memanggilnye
TUHAN..yang AWAL DAN AKHIR dan yang ZAHIR dan yang BATIN.
yang wujud hanyalah ALLAH
dan kita adalah hanya BAYANG-BAYANG.

Dalam bayangan AL KHALIQ



Terbayang dan Membayang


Dua perbezaan yang kita tak perasan
kita atau Dia,yang mendatangkan bayangan,
sesiapa yang tak perasan tentang bayangan
maka bayangan itu dikatakannya adalah bayangannya,
kerana maknusia itu sendiri yang membayangkan 
apa yang diinginkannya.
Membayangkan sesuatu,keinginan dan kehendak,

"tiada upaya setiap maknusia itu melainkan ALLAH yang maha Berkuasa pada tiap sesuatu"


Maknusia tiada daya upaya sekalipun dalam apa jua keadaan,
walau pun sebesar zarah.
Dan bayangan itu adalah bayangan ALLAH
Dia yang mendatangkan setiap bayangan kepada maknusia.
mengikut ketentuannya.
Sebenarnya maknusia itu lalai dalam mengetahui setiap apa
yang ALLAH sampaikan dalam bayangan (wahyu,ilham,idea,)
kerana DIRI yang tak perasan sesungguhnya MAHASUCI
bersemayam dalam setiap diri.

PERASAN DENGAN TAK PERASAN

Perasaan yang akan perasan pada yang tidak perasan.
AKU pada DIRI dan AKU yang  MUTLAK..
AKU pada diri memang tidak akan perasan bayangan 
yang datang adalah bayangan AKU  yang mutlak 


DIRI===PERASAAN===BAYANGAN===MUHAMMAD

DIRI yang telah dimatikan pada hidup yang tak mati,
bertukar menjadi perasaan yang mengenal dan perasan 
bayangan yang datang adalah bayangan ALLAH


"ALLAH KUN=====MUHAMMAD FAYAKUN"
 Dalilnya=
 "AKU JADIKAN SELURUH SEKELIAN ALAM DALAM BAYANG AKU"